Rabu, Oktober 27, 2010

B a h a s a

kita mengajar penuh bahasa
kita mendidik ilmu bahasa
kita berbahasa seribu bahasa
bahasa kita jiwa bangsa
bangsa kita reti bahasa

di perjalanan keramat ini ingin aku berbahasa
pada mu anak didik ku yang terlupa bahasa
pada mu anak didik ku yang mengemis bahasa
pada mu anak didik ku yang menghina bahasa
bahasa ini lah sejarah kita
bahasa ini lah warisan kita
bahasa ini lah perjuangan kita
bahasa ini lah kemerdekaan kita
bahasa ini lah maruah kita

bahasa mana lagi yang kau mahu
bahasa mana lagi yang kau rindu
bahasa ini lah yang bawa ke mercu
bahasa ini lah kemegahan berpacu
bahasa ini lah membesarkan mu

aku bimbang suatu masa kau buta bahasa
aku bimbang suatu tika kau tak reti bahasa
bahasa mu nanti bahasa rojak
bahasa mu nanti bahasa haprak
bahasa mu nanti bahasa keladak
bahasa mu nanti hanya menang sorak...

~ amri abd rani ~

8 pemurah tinta:

miss nina berkata...

cintailah bahasa kita :)

bahasa kita pernah menjadi lingua-franca, sayang sekali sekarang tidak menentu letak duduknya :(

Amri Abd Rani berkata...

betul tu Cik Nina...

dulu seantero sebelah sini guna bahasa Melayu,
tulisan jawi lg laa...mcm tak ada....

klANA berkata...

kena martabatkan kembali sepenuhnya bahasa kita seblm terlewat..

Amri Abd Rani berkata...

dgn mngadakan minggu bahasa, bulan bahasa, ia belum cukup utk memartabatkan bahasa kita...
org skrg lebih suka "spiking"... nampak kelas,
English tu bagus, ia juga bahasa ilmu, cuma bahasa Melayu tu perlu diangkat lagi, di media cetak dan elektronik...kalu menteri, berbangga dengan Datok Rais Yatim je...menteri berjiwa Melayu....

Zeanne berkata...

bahasa sms paling ppular skrg..tapi bahasa baku tetap jadi pujaan:)

Tanpa Nama berkata...

hehe, agak ironi bahasa puan diana dengan pendapat yang diberi!

Amri Abd Rani berkata...

mngkin bahasa sms sebegitu kerana utk cepat membls @ ringkas kerana 1 sms cuma 160 aksara. namun jika kekerapan menulis begitu dikhuatiri menjejaskan prestasi penulisan yg sebenar lebih2 lg dlm ppriksaan...
benci jugak bahasa sms, tp kdg2 terima sms yg begitu terutama anak2 yg htr...layan je la...
dan kdg2 dlm shoutmix shabat pun Pakwi tulis ringkas jugak...mngkin nk cepat BW kot...hihi

kiwi berkata...

btol2 cintailah bhse kita..hihi..pkwi kiwi singgah sini ea..:)

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.