sedang mereka leka hanyut
pada acara seribu denyut
riuh bergendangan
selerak makanan
terabur hilai pekikan
mereka tak nampak aku
sedang mereka berkira kira
siapa mahu dipanggil
siapa mahu ditampil
berjela nama
bergulung kertas
mereka tiada nama ku
sedang mereka asyik berpesta
beronggeng inang John Travolta
kinja kanan kinja kiri
senandung irama Elvis Presley
gemuruh besar dewan
mereka tak peduli aku
aku tetamu kecil
indah dan cukup bahagia
jika diajak cuma berbicara....
~ amri abd rani ~
1 pemurah tinta:
Diana :
selalunya muda mmg begitu...
berasa indah dgn cinta...
berasa gagah dan dibuai...
mungkin org muda lebih menjiwai cinta...Pakwi dah berkarat psl cinta2 ni....
Namun, kdg2 terimbau yg lama2...
kdg berasa ingin kembali ke sana...jeng jeng jeng...
Catat Ulasan