Sabtu, April 20, 2013

Siapa wira

hari ini tingkah terbuka
tirai damai berlabuh
selubungi setiakawan
mendung seluruh siang
gempita akulah wira
akar umbi menari inang
ingin undi cari menang

siapa wira
mana pendekar
terhala mana keris mu
menikam lawan ?
menghumban teman ?
cuma idam menang sendiri
jauh panggang demi pertiwi

mana aku pada janji mu
janji mu tiada aku
ada aku bila kau mahu
tiba masa kau pergi berlalu
tertinggal dayung perahu
tiang layar patah seribu..

~ amri abd rani ~

2 pemurah tinta:

ctpayong berkata...


بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ

السلم عليكم ورحمة الله

perjuangan dari jiwa yang matang
dari rasa kasih dan sayang.
jangan sampai agama tidak dijunjung
bangsa dan budaya tidak disanjung

menangis hati bukan kepalang.

melayu itu Islam
jerit hati lagi
melayu itu Islam...

Nolizawati Mohd Saad berkata...

As salam. Tahniah...boleh dibukukan tu..

Jemputlah ke http://duniabukukami.blogspot.com/

notie ms
Tqvm

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.