Jumaat, Oktober 26, 2012

Marhaban Ya Aidil Adha

kita tersungkur lagi
merebah di gerigi mulia Ismail
tertabah di temali setia Ibrahim
siapakah lagi
bisa menghulur kepala
bisa mengasah senjata

kita bersyukur lagi
meredah di pepasir berkat Arafah
menadah di persegi taubat Kaabah
siapakah lagi
bisa kita sembah
bisa kita mengalah

kita bertamu lagi
bersimpuh di lautan ampunan Mu
bersujud di pautan mabrur Mu
di bumi keramat Anbiya
di bumi mukjizat Muhammad
Labbaik Allahumma Labbaik
Labbaika la syarika laka labbaik
Innalhamda wani'mata. la ka wamulkalla , syarikala

~ amri abd rani ~


2 pemurah tinta:

ctpayong berkata...

'tak malu' teringin dijemput lagi
rindu sungguh
sungguh aku rindu.

Labbaik Allahumma Labbaik
Labbaika la syarika laka labbaik
Innalhamda wani'mata. la ka wamulkalla , syarikala

CIK TOM berkata...

hi pakwi..
rindu dgn puisi nukilan pakwi..

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.