Ahad, April 01, 2012

Sedih

pedih pun menggamit
mengintai episod perit
terasa menyiat isi dan kulit
menguji iman tertahan sakit
Tuhan menguji dari langit

sedih...perih menampar dada
menyelongkar akal mendangkal jiwa
ada rasa tiada suara
ada tangis tak berlinang mata

dugaan apakah ini
merampas mimpi mimpi
memulas segala sendi
melemas urat dan nadi

Tuhan
andai ada dosa menggunung tersimpul
Kau hapus dan Kau kabul
tak termampu hambamu memikul
tiap sedih terpa datang memukul
amin...

~ amri abd rani ~




12 pemurah tinta:

Amri Abd Rani berkata...

Maaf kalian semua...
tidak membalas kunjungan dan sepi.
Aku tertimpa waktu waktu sedih.
Anakanda bongsu tersakit jantung.
Ujian Allah Maha Esa.

Minggu ini aku berada di IJN untuk operasi bedahnya. Moga doa kalian dan rahmat Allah bisa menyihatkannya.

Amin.

ctpayong berkata...

assalamualaikum wbt.

sedih itu normal. namun wajar berhenti dikuathiri jika terus-terusan begini pasti merusak diri.

pakwi...rahmat pasti menyusul selepas ini, insyaAllah.

Cheqna berkata...

Assalamualaikum Pak Wi,

tumpang berduka di waktu kesedihan..semoga anaknda Pak Wi diberikan kekuatan zahir dan batin untuk pulih sepenuhnya dengan segera.

dan semoga Pak Wi sekeluarga ditabahkan iman dalam menerima ujian Allah SWT..

Semoga pengakhiran yang baik bagi kesedihan ini, dan semoga menjadi hamba2-NYA yang lebih baik..

amiin.

Cheqna berkata...

Assalamualaikum,

apa perkembangan terkini? Semoga telah berjaya..dan semoga pulih sepenuhnya..

Amri Abd Rani berkata...

Alhamdulillah..

Irfan selamat dibedah ptg 3 April..
bebanyak terima kasih di atas doa kalian..

Cheqna berkata...

Alhamdulillah..

sud@is berkata...

semoga Allah permudahkan segala urusan pakwi dan anknda cepat sembuh

Cheqna berkata...

Assalamualaikum,

apa khabar Pak Wi sekeluarga? Semoga sudah kembali sihat anaknya..n family semua sihat sejahtera.

CIK TOM berkata...

assalamualaikum pak wi..

lama cik tom xsinggah sini..
rupanya byk yg cik tom dh terlepas info psl pakwi...
smog anak pak wi semakin bertambah sihat..amin..

Cheqna berkata...

Assalamualaikum,

apa khabar Pak Wi n keluarga?

Cheqna berkata...

Terimakasih Pak Wi sudi "meng-update" situasi..Alhamdulillah dan semoga Pak Wi sekeluarga juga dirahmati Allah SWT, dan diberi kelapangan untuk berpuisi lagi.

Assalamualaikum.

toyolkiut berkata...

salam pakwi..
bgaimana khabar kini..
yup, dugaan sentiasa ada..
jk itu sudah takdir nya..

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.