Isnin, Disember 26, 2011

Kesakitan

Pernahkah kalian
kesakitan macam kematian
mendesak desak
nafas di kerongkong
terasa nyawa digonggong

Pernahkah kalian
kesakitan bawa kepergian
membenak benak
tersayang diusung
terasa jiwa melolong

Pernahkah kalian
kesakitan pada tersayang
mengasak ngasak
jasad terhoyong
terasa nafas dihitung

sedar dan tahu
mahu tak mahu
nantikan tiba waktu
ajal mendakapmu...


~ amri abd rani ~

foto sekadar hiasan


6 pemurah tinta:

kiwi berkata...

pak wi sape yang sakit tu??huhu..pape pon kiwi doakan semoga cepat sembuh..sihat-sihat je lepas ni .dipermudahkan segalanya

ctpayong berkata...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum pakwi, semoga di dalam rahmat Allah selalu, amin.

sakit macam asam garam hidup. keloh kesah kerananya adalah fitrah manusia. apa pun, redha & pasrah dapat meringankan tekanannya.

wallahua'lam

Cheqna berkata...

Assalamualaikum Pak Wi,

Semoga dugaan kesakitan pada diri atau orang yang rapat/di sekeliling menimbulkan kesedaran dan keinsafan pada diri.

Didoakan Pak Wi dan keluarga sihat sejahtera selalu...amiin.

:-)

Seri Bahasa berkata...

dengan iringan doa, semoga pak wi cepat sembuh...segala dugaan itu dari Allah...semoga pak wi menghadapinya dengan penuh ketabahan...

dear anies berkata...

doa yg x putus2 insya allah akn kembali sembuh seperti sediakala..aminnn


slmt thn br buat pak wi sekeluarga

Cheqna berkata...

Assalamualaikum Pak Wi,..apa khabar? Lama tiada puisi, semoga sihat sejahtera selalu..

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.