Isnin, Oktober 03, 2011

Bila

Bila kaya
cakapmu jadi laku
lagakmu orang tiru
hilangmu orang buru
ramai datang berebut ampu

bila berharta
kau cakap apa saja
dalam marah dalam ketawa
semuanya jadi mulia
ramai datang mendewa dewa

bila senang
penuh beratur singgah bertandang
macam stadium rumah benderang
sampai pagi ralit bersidang
jiran sebelah pun tak nak pandang

bila susah
semua mata macam tak endah
walau langkah nak rebah patah
walau teratak nak punah ranah
sepi sendiri mengatur tingkah
malam siang tiada yang indah

~ amri abd rani ~

2 pemurah tinta:

ctpayong berkata...

Bismillahirrahmanirrahim.

Jika ada yang membantu, pasti berkilo ada udang disebalik batu...wallahua'lam.

Cheqna berkata...

Assalamualaikum Pak Wi,

kawan senang (K1) memang ramai, kawan susah (K2) sukar nak cari..jadi bila dah jumpa K2, jagalah hati dan persahabatan.

:-)

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.