Jumaat, Julai 29, 2011

Terhiris

Hati pun terhiris
mata berkaca tiada menitis
gelodak rasa sayu gerimis
merenjis renjis
jalanan indah terasa dikikis
terhakis

jiwa pun menangis
tiada sesuatu dapat dilukis
walau memahat awan gerigis
walau mengukir bayu mendesis

hujan pun terguris
bersaksi rimba paku dan pakis
depan ternganga takdir tertulis
belakang tertinggal harum dan hamis

~ amri abd rani ~

>>>
Aku nak kongsi Terhiris dgn tuanpunya blog Toyolkiut yg tak dapat dikesan. 2,3 hari lepas ada aku ke blognya, tp tiada ruangan komen cuma boleh email je jika berminat, dan malam ni blog tu hilang dari alamaya. Mungkin aku/kita ada berbuat salah dgnnya sehingga dia merajuk hati... atau mungkin jugak dia sengaja ingin menyepi diri sempena Ramadhan yg mungkin bermula Isnin depan. Apa pun, jika dia tersesat/berkunjung ke sini, aku ingin memohon maaf seandainya ada terkhilaf dan tersasul dlm memberi komen atau apa saja yg mungkin membuatkan dia Terhiris. Di bawah aku paparkan screen capture dari blog dia yg aku kutip dari google webcache.




8 pemurah tinta:

toyolkiut berkata...

salam..
alahai pak wi yg sntiasa d ingati..
TK sentiasa mngikuti pkmbangn rakan2 blogger di sbalik tabir..
terharu nya..
benar, bersendiri dlm sepi mungkin lbh baik d kala ini..

salam ramadhan buat pak wi skeluarga..

Amri Abd Rani berkata...

Alhamdulillah, mcm ada bau2 je TK akan ke sini...perasan tu.!! sbb tu Pakwi cepat2 post Terhiris ni.. didoakan TK sihat dan dirahmati Allah...selamat menyambut Bulan Ramadhan TK, semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya....

Seri Bahasa berkata...

sudah lumrah alam...ada yang pergi dengan pamit...ada yang pergi meninggalkan bekas...tapi yang menyedihkan kita...mereka yang pergi tanpa sebarang berita...

ctpayong berkata...

tak banyak yg mampu bercerita dengan ayat yg singkat tetapi padat dan tepat. itu sebuah anugerah Allah.

selamat menunaikan puasa dan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dari kakCT sekeluarga buat pakwi.

Amri Abd Rani berkata...

Salam Ramadhan...

tq byk2 yg tinggal jejak kat sini.

semoga kalian beroleh kemenangan di Ramadhan ini...

kiwi berkata...

pak wi puisi untuk kiwi x de ke?? (hehe..nak jugak )

psss:selamat berpusa..duit raye kt kiwi ade x?? ^^

Yasri berkata...

As salam...salam ramadhan..pertama kali singgah disini. Semoga saudara sentiasa dilindungi dan dirahmati selalu olehNYA...

Mokhtar Dahari Dalam kenangan

Amri Abd Rani berkata...

Amin... tq sahabat

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.