Rabu, Julai 13, 2011

Pendekar Warna

sedang tadi berfikir
anak berontak ayah berarak
ke mana kalian
terkinja kiri terkinja kanan
ada mata menghilang...?

sedang tadi berzikir
huru ke muara hara ke kuala
kalian ke mana
dayung mendesah tercabar resah
ada cita merana...?

sedang tadi berdikir
ada murka di muka ada marah memerah
bagaimana kalian
terlepas geram tercapai idam
ada warna di sana...?

lagak pendekar bukan begitu
bukan begitu ajar guru mu
jangan melulu duhai melayu
fikir fikir hingga seribu
nanti nanti tingkah berliku....

~ amri abd rani ~


4 pemurah tinta:

ctpayong berkata...

pasrah pada yang Kuasa. Allah penentu segala.

toyolkiut berkata...

selalu nya kita ni gitu la..
makin d larang makin gian nk buat..

Seri Bahasa berkata...

kesopanan adat melayu dah dilupakan...budaya luar yang digunapakai...nanti ibarat si kaduk menang sorak...kampung pulak yang tergadai...

Amri Abd Rani berkata...

kdg2 keadaan juga mengajar kita jd kurang ajar....

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.