tari inang menggobek rempuh
sekujur tubuh
mendaki langit keras gemuruh
bongkar terajang bebukau keluh
berpiuh
pegal tersipu wajah
ranjau berdarah kadang bernanah
bersiul pawana mengejek langkah
ronggeng terselimut seribu rencah
memintal lena nan resah
bergundah
melolos deru yang berpacu
jangan semudah mendakap rindu
terbungkam rebah laut membiru
menghitam tabah tanah berlagu
tak siapa tahu...
~ amri abd rani ~
9 pemurah tinta:
cukup terkesan bila membacanya :)
peh puisi yang tersirat sertadalam maknanya~ anak2 muda susah nak faham hanya ni, hanya yang terpilih bisa memahami.
gambaran likuan hidup...
bahasa yg jarang kita jumpa...seri pun susah nak faham. nak buka kamus ni baru boleh...
x brapa nk paham la pakwi..
kisah apa ni?
joget ronggeng ke..
(malu la pulak kena tnya camni..)
assalamualaikum
shalawat atas Nabi SAW
kendati itu usah pandang sepi
peribahasa dahuluka...
jangan sampai dengar guruh air tempayan dicurahkan kerana mengikut hati itu mati.
wallahua'alam.
As salam Pakwi,
mendalam tu..tak pandai saya nak mengolahnya..
:-)
cuma kisah jatuh bangun seseorang...
oo..
tu la..
hidup kita ni ada jatuh bangun kn..
Catat Ulasan