Jumaat, November 19, 2010

Datar

bersantai bayu di celah pepohon datar ini
tempat terperah keringat
tempat terhambat penat
mengajar makna lelaki dan diri
sekukuh jiwa perkasa menggagah dada

berkelah sungai di sejuk alur datar ini
tempat meraih simpati
tempat meleleh rezeki
mengajar makna kosong dan sepi
sesunyi subuh yang hampir nak pagi

berdayung onak di muara lusuh datar ini
tempat cinta bersemi
tempat kasih bersemadi
mengajar makna sayang dan janji
sesuci embun di pagi hari

berlari anak di jalanan luluh datar ini
tempat terbongkang rebah
tempat terlentang patah
mengajar makna sedar dan tabah
sesabar menganyam madu sang lebah

bergelora badai di gigi pantai datar ini
tempat memikat iman
tempat memukat Al Quran
mengajar makna kalimat dan akhirat
moga terjaring serelung Rahmat...

~ amri abd rani ~

10 pemurah tinta:

apezs shah berkata...

wow pepagi bermadah hela..=)

Nancy Poh berkata...

Puisi untuk renungan sebelum meredah hari ini...

Hidayati Farhan berkata...

err, kali ni x dpt tgkp maksud tersirat. hehehe. lemau sikit

Zeanne berkata...

tersirat betul makna dia...thumbs up!:D

Amri Abd Rani berkata...

perjalanan hidup ni, tp sebahagian yg terpapar...

CIK TOM berkata...

puitis ni pakwi..memukat al-quran??wow tinggi bahasa tue..huhu

pakwi sm gak tnet slow tgl jejak sini je..hihi

Amri Abd Rani berkata...

Cik Tom :

memukat tu macam mendalami Al Quran laa...

Sham berkata...

memang berbakat...syabas inspektor shaab..

Amri Abd Rani berkata...

woit..insp Shaab...? adusss
ada rupa ke..? xnak laa....hihi

Amri Abd Rani berkata...

A a...yg tersirat dan tersurat tu mmg indah...

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.