Ahad, Julai 04, 2021

Selamat Berpencen

Assalamualaikum / selamat sejahtera....


Ini kali pertama aku menulis di sini selepas aku pencen pd 01.01.2020.....

Selamat pencen utk aku.... Yeeaayyyhhhh..... 

Sekali sekala aku blogging .. Terjumpa blogger juga pencen mcm aku... Seronok bc kisah diaorg... Aku je tak tau nk tulis apa... Nak bersajak majak... Malas dah... 

Keseronokan aku sekarang meronda dgn motorhome yg dibeli sempena aku pencen... Nk ronda² Malaya kononnya... Tp PKP pulak... Terbantut plan aku... 

Bawah ni gambar motorhome aku..... 

InsyaAllah... Semoga motorhome dapat mengisi masa terluang pencen aku dan mengeratkan hubungan silaturrahim dgn kawan² /saudara mara yg terpisah lama... Dapatlah ziarah mereka selagi aku sihat.. .....amin. 









Aku dah pindah ke rumah baru....

Selamat datang ya. 

https://motorhomepencen.blogspot.com/?m=0

https://motorhomepencen.blogspot.com/2021/07/blog-post_97.html



Rabu, November 14, 2018

Berjejak Ke Teratak Mu

Menongkah longlai di berantakan masa
ke teratak mu...... ku terjang jua
ada sisa alam terpendam yang ku cari
ada rahsia kalam terendam ingin ku gali
tersembunyi dalam diri
tersorok di perut bumi
aku perlu berani.......dan
kau mesti faham pelajari

Segantang hayat ku bukan segantang tahu ku
terlebih umur ku bukan terlebih pandai ku
ke liang lahad pun tak terbisa
aku menggapai segalanya
percayalah
di teratak mu ada berguni ilmu
rajin menggali dia dahulu ketemu

Berbeda di teratak ku
cuma kata bicara angan dapat kau baca
ada omongan kosong kadang berlangsung
kau perlu selam......kau perlu menyelam
moga
keramat luah bicara dapat kau rasa
ada gelisah rasa merebah dada
ada alkisah cerita
mengukuh jiwa...........


~ amri abd rani ~









(Gambar : Gali dari internet)


Selasa, Ogos 07, 2018

Tuhan ...

Tuhan
Tidak ada yang Kau beri
Kalau cuma rasa sakit
Kalau cuma rasa perit
Melainkan ujian dan dugaan

Tuhan
Tidak ada yang Kau peduli
Kalau cuma rasa pedih
Kalau cuma rasa sedih
Melainkan syukur dan keinsafan

Tuhan
Tidak ada di sini
Di pelosok sanubari
Di teratak mata hati
Melainkan doa dan harapan
Melainkan sembah dan salam

Benderangkan jalanan
Permudahkan urusan
Kuatkan iman
Amin....

amri abd rani








Ahad, April 02, 2017

Autisme

Kadang bercakap sorang sorang
Kadang sorang sorang bercakap
Bercerita diri sendiri
Diri sendiri mendengar cerita
Cerita diolah direka-reka
Cerita yang difikir
Fikir untuk bercerita

Kita kadang membebel sendiri
Kita merobek buruk baik sanubari
Kita genggam harum wangi dalam hati
Kita menerajang cari hasad dengki
Kita berpayah mengenal diri
Kita lah autisme
Saban waktu berlingkar hidup
Dalam dunia makin redup
Dalam hidup makin kuncup

Jika kalian punya impian
Inginkah autisme jadi pilihan
Memberi bonda berganda pahala
Didakap mesra bonda tercinta
Di sana menanti cahaya syurga.....

amri abd rani


Khamis, Mac 02, 2017

Habis

Tahun lepas
patutnya aku habis
bawa kapan secebis

Tahun lepas
patutnya aku habis
bawa pahala sehiris

Tahun lepas
patutnya aku habis
bawa dosa terguris

Tahun lepas
patutnya aku habis
tinggal kalian menangis

Tahun lepas
patutnya aku habis
namun takdir tertulis
ada lagi aku melukis
sisa hidup berbaki segaris.....


amri abd rani




Sabtu, Mei 02, 2015

Tiada Naik Gaji

Tiada naik gaji
Cuma di beri 3 hari cuti
Ibubapa mertua yang tak kembali

Tiada naik gaji
kalau gaji ditambah lagi
Harga barang makin berapi

Tiada naik gaji
pergi kedai beli yang nak basi
masa bayar kena juga GST

Tiada naik gaji
Kerja siap mulut menyanyi
Tak siap kerja orang berbunyi

Tiada naik gaji
Semalam tak sama hari ini
Perlu jimat masak sendiri

Tiada naik gaji
Henti berhutang cuba berdikari
Pertengahan bulan tak sakit diri

Tiada naik gaji
Cekal jiwa sabar di hati
ada rahmat kan Tuhan beri


amri abd rani





Jumaat, April 17, 2015

Aku Tidak Tahu

Bilakah mati menjengah
Mengintai ngintai celah rumah
Berlunjur di tanah pamah
Aku tidak tahu

Jadi berhenti
Sebar fitnah
Sakiti sebelah rumah
hindari buat marah
Buang yang tak ada faedah
Sebelum mati datang ziarah

Aku tidak tahu
Kerana tidak diberitahu
Tarikh kiamat hayat jantungku
Mati itu setia menunggu
Tiada penat tiada jemu
Nanti tiba janji ajal mu
Takkan engkau sempat merayu
Memohon sesaat pinta hidupmu
Dikembalikan macam dahulu
Dikembalikan dalam syahdu....

amri abd rani

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.