Rabu, Julai 07, 2010

Al Fatehah

Kadang terdengar getar meniti bibir
semboyan keramat gelisah menggusar rasa
cerita rakan dan taulan jengah tergamit
warkah ke BARZAKH perih menginsafkan
berasa hangat tergenggam nombor di tangan
sebentar lagi di panggil pulang

Di bawah sunyi itu..........
tiada pelita tiada cahaya
persegi sempit tanah menghimpit
dalam pedih pinta hidup di kembali
konon bercita baiki jati dan diri
lakon sandiwara mu telah tamat
pentas bangsawan mu telah kiamat
bekal mu di sana dua kalimat
beruntung yang punya amal ibadat

Di bawah sunyi itu..........
tiada lagi mewah hawa dingin bersalju
tiada lagi kipas terawang kawalan tangan
jauh sekali menjalar motokar lebar
tidak juga megah meriah syiling kapur mu
cuma kau sendirian berlunjuran
berlumur wangi si kapur barus

Di atas sunyi itu..........
kita mewah harta dan ketika
tapi terbuai indah halwa alpa terlupa
asyiknya berlayar lagu lena terleka
kita perlu tegas........kita perlu keras
hunus melawan ke pinggir nafsu menguja
pelangi gemilang benderang bertamu cuma sekali
jika khilaf tersungkur di dahan nan rapuh
berdayung lah kita
di jingga yang KERUH.........


~ amri abd rani ~

3 pemurah tinta:

Hamzah Ian berkata...

pak wi mmg best puisi ni

Lelaki Ini berkata...

besh2!!!

Cheqna berkata...

semoga jadi peringatan kepada pembaca puisi ni..terimaksih..

Related Posts with Thumbnails
Kepunyaan amrirani. Dikuasakan oleh Blogger.